Facebook Badge


Semangat Wan Maimun 





Pengalaman ibu besarkan sembilan anak sendirian jadi pedoman wanita pertama teraju kerusi Presiden ISM 

"HEBAT itu sesuatu yang relatif dan subjektif. Wanita itu hebat jika dapat menjalani kehidupan yang seimbang. Tahu keutamaan hidup, kekal ciri kewanitaan dan capai apa yang dihajati," kata Sr Wan Maimun Wan Abdullah ketika bertemunya.
Ayat yang dilontarkan dari mulut wanita kelahiran Kelantan itu menunjukkan betapa beliau sentiasa berpijak di bumi nyata tanpa sedikit pun melupakan nilai sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan anak, walau berjawatan besar.
Kata Presiden Institut Juruukur Malaysia (ISM) itu, seorang wanita yang hebat juga akan menjadi inspirasi kepada wanita lain seperti mana isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah. 

“Isteri Nabi bergelar seorang peniaga yang disegani dan dihormati walaupun zaman itu lebih ramai wanita bersifat pasif kerana persepsi negatif di dalam masyarakat Arab,” katanya saat ditemubual di ruang pejabat Presiden ISM. 

Wan Maimun juga menjadikan contoh wanita berjaya sebagai idola, peniup semangat untuknya turut sama bergelar wanita hebat antaranya tokoh politik veteran, Tan Sri Aishah Ghani dan tokoh budayawan, Azah Aziz. 

“Selain mereka, idola paling hampir tentunya ibu saya sendiri, seorang wanita hebat yang kematian suami pada usia 27 tahun dan membesarkan empat anak serta lima anak saudara seperti anak sendiri, sendirian,” katanya. 
Wan Maimun berkata, ibunya ketika itu hanya seorang guru dengan pendapatan yang sedikit, tetapi dapat membesarkan mereka sembilan beradik sehingga menjadi orang berjaya. 

Sr pada pangkal nama wanita berusia 50 tahun itu adalah iktiraf profesional diberikan terhadap juruukur yang mana skop kerja profesyen ini tertumpu kepada tender, kos dan kontrak. 

Seorang juruukur bahan memberi perkhidmatan mengeluarkan tender untuk sesuatu projek pembangunan, membuat laporan penilaian tender bertujuan untuk memilih kontraktor, menganggar kos projek, menilai kerja yang dilaksanakan setiap bulan sebagai bayaran kepada kontraktor, pentadbiran kontrak termasuk apa juga perubahan dan akhirnya membuat akuan terakhir ke atas kos projek. 

Terbabit dengan bidang yang asing bagi seorang lelaki secara tidak sengaja saat ingin memilih bidang pengajian di universiti, wanita yang bakal menamatkan pengajian peringkat PHD pada Ogos depan itu mengakui beliau langsung tidak mengetahui apakah skop kerja juruukur bahan. 

“Saya bercita-cita untuk menjadi seorang profesor, malah saya sendiri tidak mengetahui apa profesyen juruukur bahan pada mulanya. Sebagai adik bongsu, abang saya yang membuat keputusan supaya saya meneruskan pengajian di dalam bidang juruukur bahan dan pengaruhnya lebih kuat daripada abang sulung yang bertindak sebagai ketua keluarga kerana ketika itu dia bekerja sebagai juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya. 

Kini, Wan Maimun wajar berbangga kerana berkat kecekalan hatinya meneruskan kerjaya di dalam bidang ukur bahan yang lebih sinonim untuk lelaki akhirnya membuatkan hasil paling manis. 

Beliau kini adalah wanita pertama yang memegang jawatan sebagai Presiden ISM sepanjang 49 tahun penubuhan institusi profesional untuk juruukur. 

Menerajui ISM yang meliputi empat profesyen juru ukur di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak iaitu juru ukur bahan, juru ukur tanah dan geomatik, juruukur bangunan serta juruukur perundingan harta tanah dan penilaian dengan ahli seramai 5,000 yang mana hanya 35 peratus daripadanya wanita, bukan tugas mudah. 

“Jika ditanya adakah tugas ini sukar, saya anggap ia sebagai soalan cepu emas. Pada saya, cabarannya tentunya adalah untuk melihat sama ada wanita mampu memberikan prestasi baik seperti presiden terdahulu atau mungkin ada yang membuat perbandingan. 

“Sebenarnya saya tidak ada masalah kerana saya sudah bergiat dalam ISM sejak saya mula bekerja iaitu pada 1981 dan ahli juga sudah biasa dengan saya. Malah, sebelum ini juga saya pernah menyandang jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa kecil, Naib Presiden dan Timbalan Presiden di ISM. Cuma apa yang saya harapkan supaya dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain tampil ke depan kerana kebolehan wanita sekarang setanding lelaki,” katanya. 

Misi Wan Maimun sejak bergelar Presiden ISM antara lain adalah meneruskan usaha dilaksanakan presiden terdahulu dan membawa kemajuan kepada ISM serta profesyen juruukur. 

“Saya sendiri sedang merencana untuk memastikan profesyen juruukur dan operasi ISM tetap relevan selari dengan kehendak pembangunan. Bertindak sebagai rakan kongsi kerajaan dalam membangunkan negara juga sebagai pemimpin seiring dengan profesional lain seperti arkitek dan jurutera di dalam industri pembangunan serta hartanah,” tuturnya lancar, namun nadanya jelas menonjolkan ketegasannya sebagai pemimpin. 

Mengahwini Khalid Ahmad pada 1984, Wan Maimun dikurniakan tiga cahaya mata, Khairil Khalid, 23, seorang arkitek di Melbourne, Australia; Ahmad Kamil, 20, juga arkitek dan Siti Khairina, 18, penuntut jurusan Hiasan Dalaman di Universiti Teknologi Mara cawangan Seri Iskandar. 

Memulakan kerjaya sebagai juru ukur bahan di JKR pada 1981, pembabitannya di dalam projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara Berkembar Petronas pada 1994 sebagai sebahagian ahli projek kumpulan bersama syarikat perunding daripada 30 negara luar pastinya menjadi kenangan paling diingati. 

“Saya bersyukur kerana setakat ini banyak yang manis daripada yang pahit sepanjang bergelar juruukur bahan. Namun begitu, saya tidak nafikan, ada juga yang susah misalnya risiko berdepan salah anggaran kos, bahan atau salah nilai kerja kontraktor, tapi ia tidak besar kerana semua juru ukur sudah terlatih. 

“Malah, saya anggap semua pahit dan manis ini sebagai satu perjalanan dalam pengumpul pengalaman serta mencapai tujuan juga matlamat hidup,” katanya. 

PROFIL 
Wan Maimun Wan Abdullah 

Usia:
 50 tahun 
Asal : Kota Bharu, Kelantan 
Suami: Khalid Ahmad 
Anak: Khairil Khalid, 23, Ahmad Kamil, 20, dan Siti Khairina, 18. 
Pendidikan: Sarjana Muda Ukur Bahan (UTM, 1981); Sarjana Pengurusan Perniagaan (Aston, UK, 2001); PHD (UM,2010). 
Kerjaya: Pengarah Khalid Ahmad Architects, Associate AMD Associates, Profesor Madya UTM. 

Windows 8 Preview Download

Read more: http://maheinfo.blogspot.com/2011/09/windows-8-preview-download.html#ixzz1b7wP2ATd 
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
Windows 8 Preview is free to download from it official site. Microsoft unveiled its new OS at BUILD Conference and made Windows 8 preview download publicly. Check out the official link to know more about Windows 8 and download.

Windows Developer Preview with developer tools English, 64-bit DOWNLOAD 64bites (4.8 GB)
All of the following come on a disk image file (.iso). See below for installation instructions.
64-bit Windows Developer Preview
Windows SDK for Metro style apps
Microsoft Visual Studio 11 Express for Windows Developer Preview
Microsoft Expression Blend 5 Developer Preview
28 Metro style apps including the BUILD Conference app


Windows Developer Preview English, 64-bit (x64) DOWNLOAD (3.6 GB)

Includes a disk image file (.iso) to install the Windows Developer Preview and Metro style apps on a 64-bit PC.

Windows Developer Preview English, 32-bit DOWNLOAD (2.8 GB)

Logo Baru UTM Research University


Da start Kelas??


ArGghhhh..!!! Next week da start kelas! Pelajar UTM Skudai start kelas 12hb Julai 2010. Jangan lupa print rekod kolej kediaman masing2 di http://aimsweb.utm.my/pelajar/loginpelajar.asp. Masuk ruangan Pengawasan Rekod >> Kolej >> Permohonan, click [MASUK] dan print untuk diserahkan di pejabat kolej masing2. Selamat Belajar [...(>,<)...]

3.30 a.m... 3rd July..2010...

Alhamdulillah hari nie saya masih bernafas, jika nasib malang, mungkin hari ini saya xdapat lagi bernyawa.. terima kasih kepada Hazwan Hamdan & Amalina Hisham yang byk membantu.. tp transaction bro aku tu 3 hari baru sampai.. sampai di tahfiz Kuala Kubu Wan Afiq, belajar sesuatu yang baru, sesuatu yang baru untuk hidup. Kesian kat Loko letih follow aku hari nie..tp dia sabar jea..dia pun jumpa kawan lama dia masa belajar sek agama kat Masjid Al Firdaus...ok la jumpa member lama...xde la bosan sgt...  huh...apa yang aku tulis kat sini korg xkan faham...sebab 2org jea yang akan faham kat sini... apa2pun...just nak share, di mana kita berada, betapa sibuknya kita, yang fardu jangan kita tinggalkan, InsyaAllah kalau kita dapat jaga tu, kehidupan kita akan menjadi lebih baik..InsyaAllah.

Tanda-tanda besar kiamat

Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar. Berikut merupakan tanda-tanda besar hari kiamat:-

  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Lahirnya Dajjal
  • Keluar asap tebal
  • Turunnya Nabi Isa a.s.
  • Kemunculan Imam Mahdi.
  • Matahari terbit dari ufuk barat
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
  • Runtuhnya Ka'abah
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama.
  • Ada azan tak di jawab
  • 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

.: Kuasa pejam celik ! .:



Pernahkan anda berasa letih dan tidak bersemangat untuk terus bersenam semasa di gim ataupun di rumah ?Mungkin rasa letih telah mengendurkan sedikit semangat anda itu.Jangan bimbang kerana ada satu trik yang mujarab untuk mengatasi masalah ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memejamkan mata selama tiga saat,kemudian kedipkan mata anda secara perlahan juga selama 3 saat. Pergantian yang cepat antara terang dan gelap mampu memberikan kesan segar pada bahagian otak anda. Ayuh, cubalah sendiri!!! 

Calendar

Ikaz Irkuhs

Ikaz Irkuhs
.:: Salam ::.

Followers

Ladies Only

Ladies Only
Limited Items

My Blog List

..:::tOgetHer aLwAys:::..

..:::tOgetHer aLwAys:::..

!!!!!!!!cLiCk hEre!!!!!!!!

[ kotak+Borak ]


ShoutMix chat widget