Facebook Badge

GERHANA MATAHARI SEPARA

GERHANA MATAHARI SEPARA

 
 







 
 


 

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah le...bih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana. Hari ini ,15 Januari 2010 berlaku kekuasaan Allah pada alam ini iaitu fenomena Gerhana Matahari. Waktu berlaku pada pukul 15:01 waktu Malaysia dan berakhir dijangka 17.38. Fasa pertamanya berlaku jam 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksmum jam 4.26 petang. Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.

 

 

  1. sharhanah Says:

    gud info!☺

Leave a Reply

Calendar

Ikaz Irkuhs

Ikaz Irkuhs
.:: Salam ::.

Followers

Ladies Only

Ladies Only
Limited Items

My Blog List

..:::tOgetHer aLwAys:::..

..:::tOgetHer aLwAys:::..

!!!!!!!!cLiCk hEre!!!!!!!!

[ kotak+Borak ]


ShoutMix chat widget